Selasa, September 11, 2012

KENANGAN ABADI SENTIASA TERSEMAT DIJIWA

Assalammualaikum,
     
   Setelah sekian lama SMK Haji Zainul Abidin  berdiri teguh, dipenuhi dengan pelajar-pelajar yg berwibawa, cemerlang, lagi berdisiplin aku mendapat maklumat bahawa SMKHZA akan ditutup pada tahun ini dan digantikan dengan Junior Collage untuk tingkatan 6. Kesemua pelajar akan dipindah namun x tahu lagi dimana.

Segala kenangan pahit manis pelajar-pelajar SHZA hanya tinggal kenangan . Hanya gambar-gambar menjadi penyubur kenangan di jiwa setiap pelajar khususnya Geng-geng 5 Bakti 2010. Coretan kisah-kisah gembira dan duka di sekolah hanya tinggal coretan untuk dibaca dimasa akan datang. Semoga Kenangan abadi ini sentiasa tersemat dijiwa sanubari setiap pelajar SMK Haji Zainul Abidin sampai bila-bila

Kepada guru-guru SHZA yang kami sayangi, kami mengucapkanjutaan terima kasih atas segala penat lelah cikgu yang tidak pernah jemu mengajar kami sehingga kami berjaya. Ku pohon kemaafan dari hujung rambut sampai hujung kaki jika ada salah silap, terguris hati, tersinggung perasaan, atas sikap kami yg nakal degil, biadap terhadap cikgu semua.

Moga Setiap pelajar, guru-guru, kakitangan,penyelia,pengetua,rakan-rakan SMKHZA sukses selalu dan tidak akan lupa pada perjuangan SMHZA selama ini.












Tiada ulasan:

Catat Ulasan